Photobucket

Saturday, December 11, 2010

~~@wasilah nurani@~~

Assalammualaykum...wahai kaum Hawa..saudaraku..mujahidahku..sayap perjuangan Islam.. Ingin sekali aku meluahkan jauh dari sudut hati ini...
Wanita..
Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

lihatlah wahai sayangku... betapa indahnya islam mengukir wanita dari sudut yg sangat dimuliakan.. tidak sedikit pun kita rugi digelar wanita,.tetapi mgapa kita perlu merugikan diri sendiri?? Bgaikan di ragut kasar perasaan ini pabila mendengar pembuangan bayi di sana sini..
wanita..peliharalah diri..agar tidak trsesat dn terjerumus dlm lurah dosa..
Jangan mudah terpedaya dgn semua pinjaman yg di anugerahkan..tetapi belajarlah menghargai sesuatu pemberian yang tidak akan sma dgn pemberian manusia...setiap detik dan saat kita semakin hampir dgn ajal..Bila??  persiapkanlah diri dgn tentera amal soleh agar benteng iman kukuh tatkala bala tentera syaitan memesongkan aqidah sewaktu syahadah..tiap perbuatan akan di soal kembali kelak,. Ingatlah puteriku sayang...wanita yang bijaksana mampu mengubah sahara yang gersang menjadi taman yang segar menghijau.. <3 Moga kita tergolong dalam golongan yg beriman.. amin ya robbala'lamin..