Photobucket

Thursday, December 29, 2011

AraH itu.. haNya Kau yg taHu..

Tahun Dua Ribu Sebelas


Ramai sahabat-sahabat yang telah bernikah dan bahagia disampaing mereka yg tersayang,.tidak kurang juga yang dikurniakan cahaya mata yang sihat dan comel.. :) Alhamdulillah, moga mendapat baraqah dan sentiasa dibawah lembayung Ilahi…amin..

Walaubagaimanapun..ramai juga insan2 yg terdekat, yang dahulunya tawa riang, dan menangis bersama telah menghembuskan nafas terakhir dan‘pergi’ jauh meninggalkan kita…

Benarlah, jodoh pertemuan, ajal dan maut ditangan Tuhan, hidup ini bagaikan perjalanan dalam kesamaran,.manusia merancang, Tuhan yg menentukan..kita hanya perlu bersedia pada tiap detik dan waktu, yakni qada’dan qadar-Nya. 

Suka sy peringatkan sahabat-sahabat serta diri saya yg serba kekurangan ini.. Mengertilah.. antara Jodoh dan Ajal itu berbeza peranannya. 

Jodoh akan datang dengan izin-Nya apabila Allah meletakkan satu perasaan yang suci antara dua insan untuk bersatu pada jalan yg halal dan di redhai-Nya..tatkala itu..detik manis bersatunya Adam dan Hawa pada satu tarikh bahagia pun bermula..dan seterusnya memiliki zuriat soleh serta solehah diatas muka bumi ini..maka bermulalah sebuah keluarga yang sakinah yang sering diimpikan oleh setiap manusia..
Subahanallah.. Itulah syurga hati yang hanya akan dimiliki oleh manusia yang sentiasa berpautkan hati pada Allah, Lillahhita’ala..

Dalam tempoh masa melangkahnya alam pernikahan, maka kita akan mempersiapkan diri dari pelbagai sudut bagi memastikan majlis pernikahan tersebut berjalan dengan lancar dan teratur tanpa sebarang masalah yang mencalarkan majlis tersebut.

Akan tetapi..
Ajal adalah sesuatu yang tidak dapat kita rancang, kerna detik turunnya perintah Allah menarik nyawa tidak terlebih dan terkurang. Malaikat begitu patuh dengan apa jua perintah-Nya..

Disini..persiapan diri kita tiada ‘duration’ masa yang ditetapkan bahkan setiap nafas yang terhembus setiap degupan jantung yang berdenyut akan di hentikan dengan perintah-Nya pada bila-bila masa sahaja…apabila ajal menjemput, maka kita akan diraikan antara dua keadaan antara  Gembira ke Syurga ataupun Berduka di Neraka.. 

Maka..persiapan kita perlu sentiasa dan berterusan..a.k.a Istiqomah. Ini satu-satunya jalan kearah Khusnul Khotimah yakni pengakhiran yang baik..amin..amin..amin..

Oleh itu, fahamilah dengan baik antara peranan sebagai seorang manusia dan peranan sebagai seorang hamba. Hanya dua perkataan Jodoh dan Ajal ini dapat merangkumi Dunia dan Akhirat. Ia memiliki Tanggungjawab dan Amanah yang besar dalam setiap satu..wallahwa’lam


Tahniah..

Kepada saudara mara, sepupu (Fatin Zafira), makcik dan pakcik (Ella, Amy, Aiman, dan Ehsan)  serta sahabat taulan yang telah bertunang serta dan berkahwin.. moga barbahagia selalu..amin..

Takziah..

Atas pemergian ahli keluargaku sendiri iaitu atuk (Adnan), lecture UiTM (Ustaz Sulaiman), rakan sekuliahku ( Diana Azmina) moga kalian dicucuri rahmat dan di letakkan dalam golongan soleh dan solehah..amin…


Kepada semua saudara seIslam 
samaada kenal ataupun tidak, 
saya disini dengan lafaz yang penuh rendah hati,
Memohon Ribuan Ampun dan Maaf atas segala kesilapan tingkah laku diri, 
segala yang kurang adalah daripada diri saya sendiri yang baik hanya daripada-Nya…
>IKHLAS dari HATI<