Photobucket

Monday, September 2, 2013

Pengaruhi Minda Usah Lemah!


Tik tok tik tok tik tok....
Detik jam bergema digegendang telinga membisikkan masa berlari meninggalkan manusia,
Ingat 5 perkara Sebelum 5 perkara,
Sihat sebelum Sakit...Muda sbelum Tua, Kaya sebelum Miskin, Lapang sebelum Sempit...Hidup....sebe..lum Mati....sejak dari kecil, aku amat meminati semua lagu yang didendangkan oleh kumpulan Raihan.
Tik tok tik tok tik tok...
Hampir kepada jam 4 pagi, uh! arghh.. tulang belulang belikat bagai di ikat kuat,
Bisikan istghfar menahan, 4 bulan berlalu...hari demi hari anggota kian terasa lemah dan lesu,
Hanya senyuman mampu ku ukir pembangkit semangat, apatah lagi melihat En.Suami lena dalam keletihan seharian memerah keringat mencari rezeki,
Tik tok tik tok tik tok...
eh eh jam ni, ade jugak yg nak kene cabut beteri~
krek krek bunyi tulang, usaha ku bangun hampa, hmm..
Ya Allah mudahkanlah urusan hariannya, teguhkanlah iman di dadanya, berilah kekuatan menumpuh hari mendatang..amin..pelahan mengusap helaian rambutnya yang tebal,

Sukar untuk melelapkan mata.,
fikiranku menmikirkan ruang pendapatan harian rumah ligat menari bagaikan tarian zapin mencari rentak iringan musik,
dimana punca rezeki yang mampu ku bantu untuk meringankan beban kewangan yang semakin kronik ya?? Aduh...keluh hati
"Jangan tension sgt Jat, nanti anak jadi stress" sepupu
"Puan, elakkan melakukan kerja berat dn banyakkan berehat"dokter
"Ala..banyak2 sabar je, anak tu rezeki jugak, lagi xkan habis sampai mati, rezeki tu yang lagi besar kalau kaya xde anak lagi sedih" along
"Kak Lang, duit boleh cari, anak kalau 'xde' mane nak cari? jaga kesihatan"adik
Berbagai bagai pandangan dan nasihat yang diterima,

Tapi..hmm...buntu...(~_~ii)
tiba-tiba teringat suatu ketika dulu pernah aku dan along menjaga bazar di seksyen 7, mee jawa, kuih cucur udang, kuih bakar kemboja, popia sambal dan sosej roll, semuanya buat sendiri tidak ada yang ambil dari pembekal, dan yang paling mengembirakan hampir setiap hari kesemua jualan habis terjual. Rezeki bulan Ramadhan..bulan barakah..


Sosej Roll haa...senang je buatnya, buat kat rumah, letak iklan dpn pintu, jual dkt rumah je,
Yesss!! alhamdulillah, walau pun sedikit sekurangnya ada pendapatan harian, aku mesti usahakannya juga, detus hatiku,
ERrrEmm...tangkas melihat En.suami, eh ape da..~ ngigau kot..huhu cian die..

Sedang asyik berusahan melelapkan diri, fikiran ku trbayang beberapa barang bayi yang boleh dihasilkan sendiri tanpa membeli.
Kelmarin sewaktu di kedai bayi, berpinar mata melihat harga barang bayi yang mahal2 belaka, sebulan gaji pun boleh habis beli barang bayi sahaja~~



In short, ini lah sikit contoh hasil kerja tangan untuk baby akan datang, alhamdulillah, sekurang kurangnya dapat save sikit duit nak beli2 barang kelak.
Benar...nak menghasilkan kerja tangan bkn shj rumit, ia juga meletihkan, tapi semua tu hilang apabila melihat En.suami happy melihat hasil kerja ku seharian dirumah, (^_^) haa...sape kate duduk rumah xboleh bantu suami? ada semangat dn usaha semua pun boleh jadi, kene kuat semangat walaupun badan xkuat!!
Kini, semua hasil kerjaku mnjadi sumber pendapatan harian.
Ya Allah, lancarkanlah usaha ini, berilah kegembiraan dan kepuasan hati kepada semua manusia yang telah sudi membeli hasil kerja ku ini, amin ya Robb..

Walaupun diri tidak seaktiv dahulu,Aku akan terus berjuang,
Selagi nyawa seiring jasad, Aku tidak akan mengalah dalam hidup,
Hidup bukan hanya perlu diteruskan bahkan perlu di uruskan,
Biar badan lemah namun usaha tidak akan pernah patah!

@>IZZATI adalah AKU<@

Thursday, August 1, 2013

Ramadhan Terakhir??


Indahnya malam malam mu melingkari bingkai kehidupan umat,
Setiap detik saat berlalu mengukir seribu satu pahala yang tidak terkira beratnya,
Gemanya bait-bait suci kalam dari segenap corong rumah, surau, mesjid, dan seantero alam,
Hanya yang Khusyuk mengharapkan Cinta Mu akan merasa tenangnya sang jiwa,

Oh diri..
Ramadhan kini seakan kelam dek musibah kesihatan yang Kau duga,
Lindungan hari dibalik tangan ku mohon segala nikmat malam-malam terakhir tidak terlepas,
Tautan Hati nan dulu sendiri ku merindu..
nun jauh bulan menghampar sinar seakan menanti bayanganku hadir menatap,


Oh Tuhan..
Apa yang sedang Kau rencanakan buat ku?
Apakah aku akan sentiasa begini selamanya...
Apakah hari-hari mendatang bagai badai melanda..
atau..
Apakah Ramadhan kali ini adalah Ramadhan Terakhir buat ku?..

Mohon sembahku ampun dan maaf kepada Mu Ya Allah atas segala dosa dan silapku..
Mohon Ampun sebesarnya kepada semua umat manusia yang ku kenali secara sengaja dan tidak sengaja,.
Mohon Ampun kepada semua saudara seislamku, keluarga, dan saudara mara..

Tuhan kurniakan Khusnul Khotimah..
ku hanya ingin Besamamu disana nanti..
menanti hadirnya Cinta yang Pasti dan Kekal Abadi..


Tuesday, July 23, 2013

Pelantar Kerdil

Titian hari-hari menenpuh segala suratan ilahi,
Secebis senyum baru mula terungkap dalam sekeping hati,
Merangkak mencari senyuman yang lebih panjang,

Tiba-tiba...
Segerombolan batu yang dulunya ku ukir ku atur di petak-petak hati kian menghempas diri,

oh Tuhan di mana pembelaan diri ini dipandangan Mu
Suara-suara yang dulunya pedas menjadi gula manis memmberi semangat,
Alhamdulillah..tetapi kemananya batu-batu cantik yang ku ukir dahulu??

oh Tuhan baru aku mengerti, tidak semestinya sesuatu mengorbanan itu berbaloi dari pandangan mata kasar,
Ikhlaskan la diri,. secantik mana ukiran yang melingkar bukan mengukur kadar penghargaan pada mulut dan hati,

Tunduk merungkai segala koleksi memori kian samar,
Peliharalah hati dan akalmu, kerana emosi hanya memakan diri, berdirilah dalam Fikiran Akal yang besar,
Hati yang besar mampu mengawal segala apa yang mendatang, petikan dari seorang hamba Allah semakin ku kagumi menyaluti fikiran.

Aku tak akan berhenti melangkah, panah bukan beerti mati, selagi nyawa dikandung badan lemah bukan penghalang untuk diri tenang dan aman disisi Mu.

Monday, June 24, 2013

>Mub@rak H@ti<

Hari semakin lewat menuju akhirat, diri tersandar dalam penuh samar Mentari Mu. Perubahan peta hidup menjadikan diri tercari-cari kembali "suntikan" itu. Oh aku bukan sendiri lagi, tanggungjawab bertambah seiring dengan haluan yang berubah- rubah.

"Back To Basic"
detik hati bagai di panah tusuk ke jantung!
Arghh, rindunya bukan kepalang, hibanya hati merindui alunan dulu ku dengdangkan buat roh ku sering dihidang Cinta dan Kasih SayangMu Ya Allah.

Meneliti kembali tulisan tulisan lama dan jadual penuh dengan kesibukan hati mendampingi Nya.
Mengumpul kembali usaha yamh kian lama ku susun rapi di dalam diari
hanya tinggal dilaksanakan semula...

Ya Allah..jauhi aku dari segala khilaf,
Moga haluan ini bergerak kembali sejajar dengan rasa Cinta dn Kasih pada Mu

>SELAMAT DATANG RAMADHAN AL-MUBARAK<

Thursday, March 21, 2013

Bahtera Perkahwinan

Perkahwinan merupakan fitrah semulajadi yang Allah anugerahkan dalam diri setiap lelaki mahupun perempuan.
Kecenderungan berpasangan ini telah terbukti di sebalik imbauan sejarah penciptaan Hawa.
Ketika nabi Adam tinggal di Syurga, baginda melihat semua makhluk lain berpasangan sedangkan baginda keseorangan.
Lantas, Allah yang Maha Mengetahui isi hati Adam menciptakan Hawa sebagai penghibur dan teman Adam sebagaimana firman Allah yang bermaksud "Dialah yang menciptakan kamu daripada diri yang satu dan daripadanya Dia menciptakan isteri agar kamu merasa senang kepadanya."
Berkahwin Kerana Ibadah
Menurut Islam, perkahwinan bukan atas tuntutan nafsu, tetapi atas tuntutan agama.
Perkahwinan bukan semata-mata untuk memuaskan shahwat tetapi untuk memenuhi kehendak misi kejadian manusia iaitu untuk beribadah kepada Allah.
Kerana itulah, setiap Muslim perlu merancang dan berusaha agar perkahwinan mereka tergolong dalam perkahwinan mithali.
Perkahwinan mithali adalah model perkahwinan cemerlang menurut acuan Islam bersandarkan ikatan kasih murni angota keluarga menuju redha Allah.
Perkahwinan mithaliah bermula dengan matlamat yang jelas lagi tersuluh.
Syariat Islam menitikberatkan perkahwinan ditegakkan sebagai satu ibadah dan mampu mendekatkan diri dengan Allah. Perkahwinan dibuat atas keinginan untuk memenuhi tuntutan syariat dan Sunnah RAsulullah S.A.W. Dalam Hadis yang diriwayatkan oleh at-Tabrani dan al-Baihaqi, Rasulullah S.A.W bersabda:
"Barangsiapa yang mampu untuk berkahwin tetapi tidak berkahwin maka bukanlah dia dari golonganku."
Dengan pendekatan ini, perkahwinan mithali dapat membendung masyarakat daripada penyakit-penyakit yang menular disebabkan hubungan seks yang liar dan bebas.
Perhubungan seks yang haram ini menimbulkan pelbagai kompilasi dalam masyarakat seperti lahirnya anak luar nikah, hubungan sejenis, penyakit-penyakit kelamin seperti VD dan AIDS serta menghapuskan keturunan.
Perkahwinan mithali juga perlu berpaksikan al-Quran dan Sunnah sebagai tonggak keluarga.
Prinsip ini berasaskan hakikat bahawa manusia tidak boleh melewati batas-batas kefitrahannya sebaliknya perlu mengukuhkan kedudukannya sebagai hamba Allah dan khalifah dalam sebuah keluarga khasnya dan komuniti yang lebih besar amnya.
Cinta Dan Kasih Sayang
Cinta dan kasih sayang adalah penghias utama dalam sesebuah perkahwinan mithali. Jaminan kebahagiaan dalam sebuah keluarga sebenarnya berputik daripada cinta yang mendalam di antara suami isteri berpaksikan Islam.
Cinta yang murni ini seterusnya melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah yang boleh mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka apabila telah tiada di dunia nanti.
Justeru hubungan kasih sayang di antara ibu bapa dan anak-anak perlu dijaga dan dipupuk agar setiap Baitul Muslim atau keluarga Islam dihiasi dengan kesyahduan cinta yang segar dan kasih yang mengasyikkan.
Kasih sayang juga perlu sentiasa dicari dan dibina bukannya ditunggu atau dibiarkan kerana fitrah manusia sentiasa dahagakan kasih sayang.
Ini bertepatan dengan firman Allah dalam surah ar-Rum:30 :
"Fitrah Tuhan yang telah diciptakan manusia ke atasnya, tiada pertukaran lagi bagi ciptaan Tuhan itu. Itulah agama yang lurus, akan tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahui."
Tarbiyah Dan Pendidikan
Pendidikan adalah tema penting dalam sesebuah perkahwinan mithali.
Kecemerlangan dan kehebatan anak-anak yang menjadi tunjang dan penyeri sebuah keluarga bermula daripada pendidikan yang diberikan oleh ibubapa.
Haluan yang dipilih perlulah ditapis daripada elemen-elemen yang tidak sihat yang menjadi punca keruntuhan sebuah keluarga.
Perlu diingatkan bahawa anak-anak adalah aset yang mewarisi kepimpinan negara pada suatu hari nanti.
Pentarbiyahan dan pendidikan yang diterapkan perlu berteraskan ketauhidan kepada Allah, kecintaan kepada Rasul seterusnya menjunjung al-Quran sebagai kalam Allah yang tidak ada keraguan baginya.
Ibu dan bapa yang prihatin akan sentiasa membentengi anaknya daripada kebejatan moral dan akhlak yang tenat pada mutakhir ini seperti vandalisme, hedonisme dan materialisme yang menatijahkan keruntuhan Iman dan akhlak anak-anak mereka.
Begitu juga, pendidikan anak-anak bukan hanya terpikul di atas bahu ibu atau bapa sahaja, malah kedua-dua ibu dan bapa bertanggungjawab membentuk keluarganya ke arah keluarga mithali yang hebat dan cemerlang.
Lelaki atau bapa merupakan ketua bagi setiap keluarga. Berdasarkan firman Allah S.W.T dalam surah an-Nisa ayat 34 bermaksud:
"Kaum lelaki adalah pemimpin kepada kaum wanita. Oleh kerana itu Allah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan)."
Selaku pemimpin, pentadbir, penguasa dan pelindung rumah tangga suami wajib memastikan hal ehwal rumah tangga berjalan lancar. Isteri pula perlu mengembelingkan segala potensi kelembutan, ketabahan dan kepekaannya untuk mendidik anak-anak dengan cara yang terbaik.
Pendidikan anak akan menentukan keindahan dan kejayaan perkahwinan mithali untuk jangka masa yang panjang.
Kita melihat fenomena hari ini di mana anak-anak berselerak dan terbiar disebabkan perkahwinan ibu bapa yang tidak mithali.
Ibu bapa melepaskan tangan dalam perjuangan mendidik anak-anak.
Amat malang sekali sekiranya kita berbuih mulut bercakap tentang perjuangan Islam sedangkan anak-anak seperti itik yang terlepas dari kandang, terbiar dan membawa diri dalam dunia sendiri.
Sebelum berkahwin sepatutnya pasangan lelaki dan perempuan mendalami dan memfaqihkan diri tentang ilmu-ilmu selok belok rumahtangga. Paling penting kedua-dua pasangan perlu sembahyang dan taat kepada perintah Allah.
Ibu Bapa Mithali
Perkahwinan mithali bermula dari ibu dan bapa yang mithali.
Kita pasti berasa malu sekiranya pasangan suami isteri tidak mampu menjadi contoh kepada anak-anak dek kerana kejahilan tentang Islam yang disengajakan.
Kita tidak mahu ibu dan ayah hanya terkelu lidahnya apabila diminta anaknya mengajar tentang solat, doa-doa harian dan bacaan al-Quran yang betul.
Contoh terunggul perkahwinan mithali tentunya datang dari junjungan mulia Rasulullah S.A.W.
Baginda Rasulullah selaku suri teladan sepanjang zaman telah meletakkan Khadijah binti Khuwailid sebagai wanita pertama yang bertakhta di hati baginda dan berjaya menakluki hati Rasulullah dengan cinta yang tidak pernah kunjung padam.
Keindahan perkahwinan baginda terungkap dalam pergaulannya dengan Khadijah dan isteri-isteri yang lain.
Kehadiran putera dan puteri serta cucu baginda telah menyerikan lagi kehidupan keluarga Rasulullah.
Mengimpikan sebuah perkahwinan mithali, hanya tinggal mimpi jika kita tidak menyelak kembali sejarah hidup baginda sekeluarga yang amat indah itu.
Tegasnya perkahwinan mithali yang aman dan bahagia adalah impian pasangan suami isteri.
Namun bukan semua rumahtangga mampu melakar dan mengekalkan kebahgiaan.
Terdapat rumah tangga yang tergadah dengan kekusutan yang tiada jalan penyelesaian malah penceraian menjadi kemuncak pemilihan kerana kemurkaan terhadap hambanya.
Janganlah gelanggang perkahwinan hanya satu platform atau pentas untuk bersandiwara atau bercengkerama tanpa dihiasi dengan keilmuan dan amalan yang berterusan.
Perkahwinan bukan hanya satu testing ground tetapi ia adalah realiti yang perlu ditempuhi dengan kearifan, kesabaran dan kejituan Iman.

Monday, March 11, 2013

SyUkuR D'dlm KeYaKinAn

Sakit itu peluang kita untuk bermuhasabah diri..
'aahh...Ya Allaaah...'dengus halus Humairah dalam kesakitan, giginya mencengkam ketat, kelopak matanya tertutup rapat sambil tangannya memeluk bantal menahan kesakitan itu.


Wahai kaum Adam,
kamu tidak akan pernah memahami erti kesakitan dalam Hawa itu, jagalah hatinya kerana Allah telah meanugerahkannya dengan bermacam-macam kesakitan sendiri yang kamu sendiri tidak akan merasakannya.
'Alhamdulillah,.ujian ini bukti sayang-Mu kepada hamba-Mu' bisik hatinya

'Khaulah Azwar' Tiba-tiba nama itu tergambar dalam fikirannya. Bayangan helaian kertas yang pernah dibaca dulu seakan akan menari-nari dalam kotak fikirannya.

'Ya Allah, mampukah aku menjadi seperti dia?' Ingin sekali aku menjadi hebat sepertinya, membantu Khalid Al-Walid dalam medan pertempuran. Sehingga Khalid sendiri tergamam melihat kelincahan Kahulah menentang musuh. Dia tertanya-tanya siapakah gerangannya si baju hitam pekat yang menghunus pedang di medan jihad? Kelibat itu tidak gentar, terus mara memacu kudanya di tengah medan perjuangan. Satu persatu musuh tumbang dek hunusan pedang si baju hitam.Yakin, tawakkal, itulah lagaknya seorang pejuang misteri.

Khaulah terus menyerbu ke tengah-tengah pasukan kufur seakan-akan puting beliung di tengah-tengah pasukan musuh. Khalid terus mengejarnya, sambil mendekati ia berkata, “Hai kamu, kecut hati kami semua melihat engkau. Siapakah engkau?”
“Akulah Khaulah binti Azwar. Aku melihat abangku Dhirar tertangkap. Lalu aku datang untuk menolong membebaskan dia yang berperang kerana Allah,”
Disangkakan gerak itu milik seorang pemuda gagah rupanya milik seorang Wanita berani dan bersemangat tinggi. Ketangkasan dan keberaniannya mengalahkan 1,000 orang lelaki kafir. Khaulah berjuang tidak henti menyertai pejuang muslimin yang lain, sehingga akhirnya kemenangan mutlak di pihak yang benar.

'SUBAHANALLAH..hebatnya dirimu Khaulah..' detis hatinya, butiran mutiara itu mengalir kepipi kesekian kalinya..Dalam diam,.hatinya tidak henti berzikir menahan kesakitan yang mengigit.
Ya Allah,.jika aku tidak sehebat Khaulah, jadikanlah aku seorang yang mampu membantu saudara islamku, teguhkanlah Dakwah dan Tarbiah di dalam hati ini, agar aku terus kuat berdiri memimpin generasi seterusnya. Kukuhkanlah hati ini dalam jalan-Mu yang benar dan lurus. Sesungguhnya tiada apa lagi yang mampu aku berikan kepada islam kecuali Tarbiah buat generasi muda yang haus menerima bimbingan dan semangat dorongan. Walau diri bukan bergelar Ustazah, aku akan berusaha semampu dayaku selagi nafas ini masih belum berhenti. Insya'allah..





Monday, December 10, 2012

Hanya yang termampu,..
Aku hanya membantu dengan kadar yang aku mampu,.
walau bukan bergelar seorang yang hebat..
bukan seorang yang hartawan..
bukan seorang yang berlatarkan ilmu yang tinggi..
Memberi bukan bermakna mahu dibalas..
cukuplah sekadar punyai rasa menghormati dan kasih sayang sesama Islam..
Lindungan kasih Tuhan itu lebih meluas..
bah kan kita sendiri tidak mampu mengukurnya dengan akal..
perlukah punyai perasaan bongkak dan iri, dendam dan benci?
Sedangkan kita hanya seorang hamba Allah yang kerdil..
Adakah semua amalanmu itu sehebat tinggi melangit?
tiada siapa dapat mengetahuinya..
Usahlah menyatakan bahawa diri sudah hebat
Usahlah mengatakan diri sudah terlalu Soleh/Solehah
kerana apa saja yang kita lakukan hanya Allah mampu menilainya..
Kau dan Aku serupa.. Hamba Allah yang satu..