Photobucket

Monday, December 10, 2012

Hanya yang termampu,..
Aku hanya membantu dengan kadar yang aku mampu,.
walau bukan bergelar seorang yang hebat..
bukan seorang yang hartawan..
bukan seorang yang berlatarkan ilmu yang tinggi..
Memberi bukan bermakna mahu dibalas..
cukuplah sekadar punyai rasa menghormati dan kasih sayang sesama Islam..
Lindungan kasih Tuhan itu lebih meluas..
bah kan kita sendiri tidak mampu mengukurnya dengan akal..
perlukah punyai perasaan bongkak dan iri, dendam dan benci?
Sedangkan kita hanya seorang hamba Allah yang kerdil..
Adakah semua amalanmu itu sehebat tinggi melangit?
tiada siapa dapat mengetahuinya..
Usahlah menyatakan bahawa diri sudah hebat
Usahlah mengatakan diri sudah terlalu Soleh/Solehah
kerana apa saja yang kita lakukan hanya Allah mampu menilainya..
Kau dan Aku serupa.. Hamba Allah yang satu..


Tuesday, October 30, 2012

Cinta Si Merah Jambu

Haluan ini..
'Alhamdulillah dapat pun sambung dgree..Happynyeee lepas ni kalau boleh nak sambung sambung sampai peringkat yang lebih tinggi!'

Senyuman terukir, 'hah! wat ape ni? berangan jerk.. online berangan tu je keje..' tersentak Humairah di sergah oleh rakannya. 'ish..xla.. aku cuma terfikir, smpai mn la aku dpt sambung nt..'
Hari demi hari sebagai seorang Siswi di UiTm Kampus Shah Alam memberi seribu satu pengalaman yang luar biasa, ia lebih mencabar dari di Kampus Lendu Melaka dulu..
Assignment3... adeh..kadang2 naik pitam nk mentelaah buku2 yang tebalnya sejengkal dn ada yang lebih. huhu
Tak apa lah..untuk memudahkan urusan agama di dunia,.amin...
Suatu malam,.matanya masih segar, mungkin terbiasa tidur lewat hari2 sebelumnya jadi hari sabtu sukar untuk tidur lebih awal. Seperti biasa, Humairah gemar menulis, semua buku tulisnya penuh dengan puisi-puisi hati. tidak kira puisi tentang sedih, gembira, keinsafan, ketabahan, keikhlasan, Kejujuran dan juga puisi Percintaan.
Semua puisi yang lahir dari lubuk hatinya sentiasa di persembahkan kepada rakan-rakan untuk sama-sama berkongsi rasa yang sama, kecuali..

Warkah syairku buat Cinta (^_^),.biarlah hanya rahsia..
segala coretan hari2nya, sentiasa di titipkan buat dia suami ku kelak. biarlah hanya Tuhan yang menghadirkan dia buatku, bisik Humairah.

'Oit! haaa....surat cinta lg ea...? hehe' Hana mengsik
'ish xde la!' Humairah menepis
'hehe.. dah la.. aku banyak kali nmpak kau tulis puisi cinta kn....? tp kan,.aku heran la... kau bercinta dengan siapa ya? xpernah pun aku nmpnk kau sebut atau jumpa dengan lelaki?'
'kalau kita ikhlas cintakn seseorng, perlu ke kita bagitau semua orang ya?'
'Ala...Mai ni...g tau la... siapa.. tu yang budak business minat kat kau tu ea..?'
'bukan la.. tak boleh...biarlah rahsia.. wekk'
'eee..Mai ni..sombong la..baik aku pergi mandi malas nak layan kau huh!' rajuk Hana sambil menarik rambut Humairah lalu berlari menuju bilik mandi.
'Argh! ee Hanaaaa aku kunci dlm tandas nt padan muka'
'wekkkk kuncilaa... xtakut.. wekkk hehehe..' PANG! bunyi pintu di tutup rapat.
Humairah tersenyum, 'biarlah hanya dia yang membaca semua puisi-puisi ku nanti. Walaupun aku tidak tahu siapa dirimu, dimanakah kamu berada..aku sentiasa mendoakan kejayaanmu,.aku harap Tuhan sentiasa menguatkan imanmu wahai imamku... dah la nk masuk mghrib da baik wuduk dulu..' Humairah berbisik

Apa kabar dirimu kini,.moga Allah sentiasa menguatkan semangatmu..
aku hanya insan biasa yang berusaha menepis segala cinta yang datang mengganggu hati,.akan ku jaga hati ini hanya untuk dirimu suamiku, hmm..tipula jika diriku tidak berasa cemburu melihat rakan2 kuliahku punyai kekasih hati, tp..aku mahu cinta yang lebih indah dari mereka,.wahai pelengkapku akakn ku jaga rasa cinta ini hanya untuk yang halal kelak...

Jika cinta dlm diammu itu tak memiliki ksmpatan brbicara didunia nyata,biarkan ia tetap diam,Allah Taala msh punya rencana,jika dia bukan milikmu,melalui wkt akan mnghapus cinta dlm diammu itu dgn mmberi rasa yg lebih indah,orng yg tepat oleh Allah Subhanahu Wata’ala,biarkan cinta diammu itu mnjadi memori trsendiri,sudut hatimu mnjdi rahasia antara kau dgn Sang Pemilik hatimu,Allah Subhanahu Wata’ala Tata hatimu
 
 ---------cintahumairah----------

Thursday, October 25, 2012

Bab 1 Doa buat Dia

Tiupan angin lalu itu sesekali sejuk membelai muka bujur sirehnya.. 'Wahai angin kau sampaikan kiriman rinduku kepadanya..Tuhanku..jagalah dia disetiap gerak hatinya..Kukuhkanlah iman dihatinya. Amin ya Robb..'

Humairah mengesat butiran jernih yang mengalir dari anak mata cokletnya. Dia menjeling jam di dinding biliknya. 1. 15 petang. Beberapa ketika kemudian azan berkumandang di segenap UiTM Lendu Kampus Alor Gajah. Tun Senaja yang seringkali dikenali sebagai blok Srikandi Wataniah itu hanya lebih 20 langkah sahaja untuk sampai ke Mesjid Al-Hikmah yang berkedudukan ditengah-tengah kampus.
Humairah bergegas mengambil wuduknya.
'mai...sini kejap...' suara sayu rakan sebiliknya memanggil.
'kenapa ni kak sya..? kak sya xsihat? mai ada panadol, akak nak..?"
Syafikah menggeleng kepalanya, 'mai...kenapa lelaki selalu buat kita sedih?'
Humairah mengukir senyuman kecil mengerti apa sebenarnya yang tersirat di hati rakan sebiliknya itu.
'akak dah solat? jom kita solat dulu ya..'

Usai bersalaman humairah memulakan pertanyaan 'gaduh dengan abang Tajul lagi ya..?'
Syafikah mengangguk. 'Kak sya, saya nak tanya sikit boleh..?'
'mai tanya banyak pun boleh,.akak rindu sangat nak berbual dengan mai.'
Ya, sejak final exam semester bakal menjelang masing-masing sibuk mengulangkaji pelajaran dan jarang-jarang sekali berbual seperti awal semester. Apatah lagi Humairah selaku Jawatankuasa Penggerak Mesjid (JPM) juga sibuk dengan usrah dan aktiviti yang membataskan mereka bersua muka.

'Kak..kalau sesuatu barang berharga akak bg pinjam kawan akak rasa kawan akak kene pulangkan ke atau x?'
'mestilah akak tuntut semula..' tegas Syafika
humairah tersenyum apabila dahi Syafikah yang licin itu berkerut.
'emmm... mestilah kene pulangkan, sbb bukan hak & milik kita..

haa...sama juga kita sebagai hamba, semua yang kita ada adalah pinjaman dari Allah, dan apabila sampai pada waktunya kita akan kembali semula kepada sang Pencipta kita..akak..xpe, kalau dia bukan untuk akak, ada yang lebih sesuai untuk akak. Anggaplah dia tidak sempurna untuk akak bukan akak yang tidak sempurna untuk dia kerana yang sesuai dengan akak sekarang sedang berusaha memperkukuhkan lagi imannya untuk menjaga akak kelak ya.. ^_^..















Sunday, September 2, 2012


Warkah nurani buat Suamiku..



Saya sayangkan awk, tapi mungkin saya tak dapat bersama setiap detik dengan awak sebab saya lagi sayangkan Allah..

Saya harap awak bahagia dengan saya, walaupun mungkin saya tidak sesempurna apa yang awk inginkn tapi saya akan cuba..

Saya akan usaha membuat awak senyum dalam setiap hari-hari awak, walaupun terkadang hati ini lemah..

Saya harap saya mampu menjadi syurga dunia dan akhirat awk kelak..

dan Saya nk awk tahu yang sy pilih awak lillahita’ala..

Saya cintakan awk, tapi maafkan saya jika tidak dapat bersama dengan awk apabila Allah “nak”kan saya semula..


Bibir tidak mampu meluahkan bait ayat yang tersirat hanya hati mampu merasa dan anggota menjalankan usaha.. <3

Saturday, March 17, 2012

aku insan biasa..

ya tuhan..lenyapkanlah duka yang lalu..gantikan lah ceria di masa hadapan ku..
lenyapkanlah epilog ngeri dalam hidup ini.. cukuplah kabut mendung menyeliputi hari-hari sepi..
ya tuhanku..jgnlah sejarah berulang lagi.. berilah aku insan yang setia sehingga hujung nyawa ini.. cukup penderitaan yang ku lalui hari demi hari.. aku tidak setegar ibuku yang mampu di duakan oleh ayahku,. aku hanya insan biasa..terkadang rebah dalam emosi amarah dan lemah..Kau tuhan ku yang bisa mengerti segala isi hati ini.. letakkan aku dalam kedamaian hati yang kekal ya Allah..tenangkan hati ini dengan dugaan-Mu sehari-hari..
tuhan..kau maha tahu segala tentng diri ku.. tutunlah aku ke arah ketenagan hati.. hadiahkan lah mentari pagi yang cerah buat ku tersenyum.. senyuman yang benar-benar ikhlas ats nama kegembiraan. Ampuni aku ya Allah..