Photobucket

Thursday, December 29, 2011

AraH itu.. haNya Kau yg taHu..

Tahun Dua Ribu Sebelas


Ramai sahabat-sahabat yang telah bernikah dan bahagia disampaing mereka yg tersayang,.tidak kurang juga yang dikurniakan cahaya mata yang sihat dan comel.. :) Alhamdulillah, moga mendapat baraqah dan sentiasa dibawah lembayung Ilahi…amin..

Walaubagaimanapun..ramai juga insan2 yg terdekat, yang dahulunya tawa riang, dan menangis bersama telah menghembuskan nafas terakhir dan‘pergi’ jauh meninggalkan kita…

Benarlah, jodoh pertemuan, ajal dan maut ditangan Tuhan, hidup ini bagaikan perjalanan dalam kesamaran,.manusia merancang, Tuhan yg menentukan..kita hanya perlu bersedia pada tiap detik dan waktu, yakni qada’dan qadar-Nya. 

Suka sy peringatkan sahabat-sahabat serta diri saya yg serba kekurangan ini.. Mengertilah.. antara Jodoh dan Ajal itu berbeza peranannya. 

Jodoh akan datang dengan izin-Nya apabila Allah meletakkan satu perasaan yang suci antara dua insan untuk bersatu pada jalan yg halal dan di redhai-Nya..tatkala itu..detik manis bersatunya Adam dan Hawa pada satu tarikh bahagia pun bermula..dan seterusnya memiliki zuriat soleh serta solehah diatas muka bumi ini..maka bermulalah sebuah keluarga yang sakinah yang sering diimpikan oleh setiap manusia..
Subahanallah.. Itulah syurga hati yang hanya akan dimiliki oleh manusia yang sentiasa berpautkan hati pada Allah, Lillahhita’ala..

Dalam tempoh masa melangkahnya alam pernikahan, maka kita akan mempersiapkan diri dari pelbagai sudut bagi memastikan majlis pernikahan tersebut berjalan dengan lancar dan teratur tanpa sebarang masalah yang mencalarkan majlis tersebut.

Akan tetapi..
Ajal adalah sesuatu yang tidak dapat kita rancang, kerna detik turunnya perintah Allah menarik nyawa tidak terlebih dan terkurang. Malaikat begitu patuh dengan apa jua perintah-Nya..

Disini..persiapan diri kita tiada ‘duration’ masa yang ditetapkan bahkan setiap nafas yang terhembus setiap degupan jantung yang berdenyut akan di hentikan dengan perintah-Nya pada bila-bila masa sahaja…apabila ajal menjemput, maka kita akan diraikan antara dua keadaan antara  Gembira ke Syurga ataupun Berduka di Neraka.. 

Maka..persiapan kita perlu sentiasa dan berterusan..a.k.a Istiqomah. Ini satu-satunya jalan kearah Khusnul Khotimah yakni pengakhiran yang baik..amin..amin..amin..

Oleh itu, fahamilah dengan baik antara peranan sebagai seorang manusia dan peranan sebagai seorang hamba. Hanya dua perkataan Jodoh dan Ajal ini dapat merangkumi Dunia dan Akhirat. Ia memiliki Tanggungjawab dan Amanah yang besar dalam setiap satu..wallahwa’lam


Tahniah..

Kepada saudara mara, sepupu (Fatin Zafira), makcik dan pakcik (Ella, Amy, Aiman, dan Ehsan)  serta sahabat taulan yang telah bertunang serta dan berkahwin.. moga barbahagia selalu..amin..

Takziah..

Atas pemergian ahli keluargaku sendiri iaitu atuk (Adnan), lecture UiTM (Ustaz Sulaiman), rakan sekuliahku ( Diana Azmina) moga kalian dicucuri rahmat dan di letakkan dalam golongan soleh dan solehah..amin…


Kepada semua saudara seIslam 
samaada kenal ataupun tidak, 
saya disini dengan lafaz yang penuh rendah hati,
Memohon Ribuan Ampun dan Maaf atas segala kesilapan tingkah laku diri, 
segala yang kurang adalah daripada diri saya sendiri yang baik hanya daripada-Nya…
>IKHLAS dari HATI<

Thursday, September 1, 2011

Sudah ker Solehah??hmm..

Bukan mudah untuk menjadi Wanita Solehah pada zaman kini..


Istighfar..........

Insan yg bernama Wanita Solehah perlu bijak berdikari dalam segala aspek pembangunan diri samaada internal (Rohani) mahupun external (Jasmani). Di dalam menggapai dunia dan akhirat yg seimbang, seorg wanita Solehah perlu akhlak, pergaulan antara manusia, tutur kata, supaya tidak menjadi fitnah di atas muka bumi. Juga perlu pandai dalam pelajaran..DL setiap semester..Wanita Solehah juga haruslah pandai menjaga hati setiap manusia yang lain terutamanya ibu bapa, keluarga, adik beradik, saudara mara, rakan rakan dan lagi.. lagi.... lagi...semuanya....


Begitulah persepsi dan pemikiran majoriti masyarakat kini..kalu boleh status wanita solehah itu boleh melakukan SEGALANYA dalam satu masa..  Hakikatnya..Wanita juga seorang manusia,.yang ada kekurangan dan kesilapan diri..manusia tidak sempurna, tetapi kita cukup sempurna dengan akal dan fikiran untuk memilih baik dan buruk, benar dan yang batil,.banyak perkara yang harus seorg Wanita Solehah menitik beratkan,. wanita : pendamping suami, wanita : pendidik generasi, wanita : penguat indastri, yang TerUtama ialah 
niatkan di dalam hati untuk menggapai Redho Allah s.w.t..

Aku...
aku tidak sempurna..terlalu banyak yang harus aku pelajari..terlalu banyak hati yang harus dijaga..
Hari demi hari berlalu pergi dengan sejarah semalam.. cita-cita ku tidak pernah padam memburu keRedhoan Ilahi..walupun graf iman ini seringkali turun naik...

Terkadang lemah diri..merangkak mencari kekuatan kembali..
Ya Allah! jadikanlah aku IZZATI yang sebanar (kekuatanku kemuliaanku)
Doa tidak pernah putus ku tadah kepada yg Maha Segalanya..

Tentang Aku
aku bukan pelajar yang sentiasa cemerlang...
aku bukan anak yang sentiasa mampu membuat mama dan babah tersenyum..
aku bukan seorang muslimah yang sempurna segalanya...
.
Hakikatnya..
aku hanya berusaha menjadi yang Terbaik.. 
setiap usaha  membuat kita Berfikir..
setiap ujian membuat kita Muhasabah..
setiap yang berlaku ada Hikmah..

Detik waktu terasa kosong sendiri..
Doaku Harapanku..
Namaku Amanahku..
Puisiku Diariku..
Selagi naluri ini berdetik, 
Tintaku pantas mencoretkan, 
Hati sentiasa mendendangkan lagu-lagu harapan,
Fikiran ligat membina usaha...
Ya Allah matikan aku dalam Syahid-Mu..
amin

SENTIASALAH MENG'UPDATE'KAN HATI

Monday, July 25, 2011

...layak kah aku...

 'Ijat bawakn kuih popia ni, buat buah tangan datang rumah kawan mama nanti' senyuman terukir dibibir ibuku. mama, Amira, aku dan Luqman Hakim terus menuju ke rumah sahabat usrah mama tidak jauh dari tempat tinggal kami. Hari itu sangat cerah dan nyaman. seekor kucing merenung mempelam sarat dengan gugusan buahnya di dahan pokok yang berjuntai, Comelnya! teriak ku smbil menekan butang camera.

Terasa rindu untuk bertemu kumpulan usrah wanita, walaupun kesemua ahlinya adalah para ibu-ibu shaja. Tetapi mereka dikalangan wanita-wanita hebat dan mujahidah berani menegakkan agama Allah. Faktor usia bukan penghalang untuk aku mencari hidayah Allah, aku lebih selesa bersama mereka, banyak nasihat dan dorongan dalam menjalani kehidupan di dunia ini sebagai wanita acuan srikandi mujahidah Islam. Setiap kali tajuk yang dibincangkan dalam usrah selalu sahaja sesuai dengan situasi diriku,. 'ok, giliran Izzati pula' Umi berkata kpd ku tanda isyarat menyuruh aku meneruskan bacaan Al-Quran Surah Ali Imran ayat 16-19.

"Orang-orang yang berdoa, Ya tuhan kami dan lindungilah kami dari azab neraka. Orang yang sabar, orang yang benar, orang yang taat, orang yang mengingfakkan hartanya dan orang yang memohon ampun pada waktu sebelum fajar. Allah menyatakan tidak ada tuhan selain Dia (demikian pula) para malaikat dan orang yang berilmu menegakkan keadilan, tidak ada tuhan selain dia, yang Maha Perkasa dan Maha Bijaksana. Ssungguhnya agama disisi Allah ialah Islam. Tidaklah berselisih dengan orang-orang yang diberi kitab, kecuali setelah mereka memperoleh ilmu, kerana kedengkian antara mereka. Barangsiapa ingkar terhadap ayat-ayat Allah, maka sungguh Allah amat cepat perhitungannya."

Setelah selesai membaca mengikut giliran, Umi memberi penerangan kpd ayat-ayat tersebut. 
Sabar adalah kekuatan diri setiap manusia, manusia harus sentiasa bersabar atas apa jua keadaan yang mereka tempuhi, samaada keadaan susah mahupun senang, kita harus sentiasa beringat kerana disebalik kesusahan Allah selitkan kebaikan, disebalik kesenangan Allah menguji ketaatan hambanya. Suka saya beri peringatan kepada muslimah-muslimah yang masih perawan ini untuk menjaga sebaik mungkin kemurnian hati dan jiwanya, sabarlah dalam mengharungi hari-harimu, sesungguhnya akan hadir seorang pendamping yang mencintaimu kerana Allah. Biarkan semua rasa cinta dihati hanya tersingkap tatkala selesai diijab kabulkan. Peliharalah hatimu, sesungguhnya sekiranya kamu memelihara hati, nescaya akan mendapat mereka yang sentiasa memelihara hatinya. 

Berbunga hati disirami nasihat yang penuh berhikmah menjentik halus jiwa fitrah manusia. Aku sangat kagum kepada Umi, selalu shaja tahu keadaan diriku walaupun tidak sudah lama tidak ketemu.
Kita sebagai sayap islam penguat kepada suami harus bijak mengatur langkah dalam berjalan mengikut garisan dan panduan yang Allah tetapkan, Isteri sebagai tongkat kepada suami yang dalam kekusutan mencari penyelesaian, isteri juga sebagai pendidik kepada anak-anak yang akan menjadi pelapis di masa akan datang. Justeru itu, wanita harus kuat dan tabah dalam setiap perjalanan yang mereka tempuhi. Emosi adalah bersifat sementara, berfikir dan bertindaklah secara matang dalam semua situasi berdasarkan Al-Quran dan Hadis. Sentiasalah mencari ilmu ibarat hidup beratus tahun lagi, mengadaplah Allah ibarat akan mati pada esok hari. Sebelum mengakhiri ucapan umi memohon maaf kepada semua dan menyatakan hasratnya yang akan ke Baitullah pd Jumaat ini. Bertakung air mataku melihat Umi begitu semangat menyeru menegakkan islam dan menasihati supaya matikan semua sifat-sifat iri dan dengki yang membelenggu urusan dunia. 

"Umi memohon maaf kepada semua sekali lagi sekiranya ada tersalah tingkah, bahasa terambil apa-apa daripada kalian. Jadikan Al-Quran sebagai pendamping diri setiap masa dan ketika. Disini Umi ingin menyerahkan Al-Quran ini kepada Izzati sebagai penerus perjuangan nanti, insya'allah" 
Aku tersentak dari lamunan khusyuk dalam ucapan umi, seakan-akan masih dalam mimpi. Terpinga-pinga. Senyuman harapan terbit dibibir umi sambil semua bola-bola mata tepat memandang ku. 
"Umi harap Izzati teruskan perjuangan ini ya"
"Insya'allah umi.." aku menunduk, satu perkataan sahaja yg mampu aku lafazkan ketika itu. Terasa bagaikan dihempap batu besar dibahu ku.

Ya Allah layakkah aku.....................
aku masih mencari diri,
masih merangkak malu pada-Mu atas kesilapan hari,
berilah keteguhan dan kekuatan hati,
agar tidak aku tersilap nanti,
tetapi..
layakkah aku? 
insan terlalu byak kekurangan diri,
tidak setanding rakan-rakan yang lain, 
aku hanya insan biasa,
tidak punya apa-apa yang istimewa,
yang ada hanya cuma sekeping hati hina
yang merindukan kebenaran Mu...

Terdiam ku seribu bahasa, waktu terus berlalu dan hadirin mula meminta diri untuk pulang, aku menerpa kearah Umi, sambil memeluk erat, aku berkali2 mengucapkan jazakillahhukoiro khathiran kpd umi.. sebutir demi sebutir air mata ku berlinag tidak dapat ku tahan lagi,. Ya Allah jgnlah kau jadikan pertemuan ini pertemuan terakhir ku bersama umi, jika ia berakhir disini, kuharap dapat pertemu di syurga nanti..amin..

Perjalanan pulang sayu dan penuh memori, aku menarik nafas sedalam dalamnya dan  menegakkan tubuh kembali, aku tidak mahu hanyat dalam perasaan semata-mata! Ya Allah staukan hati-hati kami. Tunjuklah yang benar itu benar agar aku dapat mengikutinya dan tunjukkanlah yang salah itu salah agar dapat aku menjauhinya...
Aku mahu menjadi wanita kuat dan tabah!!

Saturday, July 9, 2011

SyaB@b ku...

'Luqman nak ikut jugak!'
teriak si anak kecil 4 tahun yang peka apabila melihat kakak dan abangnya bersiap-siap kemas.
'Abang dengan mama nak hantar kak lang pergi sekolah ni, Luqman nak pergi sekolah sekali ea..Jom lah ikut' sindir adik lelakiku. 'Malam ni nak pergi mengaji, Luqman nak pergi mengaji ke nak pergi sekolah?'
'Loqman nak pergi mengaji... tak nak pergi sekolah!'
'ok..Loqman jaga atok dengan along dekat rumah ea..malam ni kita pergi mengaji sama-sama taw..Bye..'
Luqman memang fobia apabila disebut tentang sekolah, kerana dia pernah dimarahi oleh seorng guru taska kerana membuat sepah di ruang tamu.  
Aku dan Fadly melangkah masuk ke dalam kereta 'hehehe..sian Luqman ma..tadi die nak ikut'
mama cuma tersenyum kerana sudah biasa Fadly menggunakan tektik yang sama. Tetapi berkesan.

Aku teringat ayat yang digunakan '...nak pergi mengaji ke nak pergi sekolah?'
Jauh disudut hatiku aku berasa sangat bersyukur kerana ugutan itu kedua-duanya berunsurkan kebaikan. Mengaji dan Sekolah. Sebijak namanya.. :) Padanlah nenek ku berkeras ingin meletakkan nama Luqman Hakim.



Nama surah yang ke-31 di dalam Kitab Al-Quran. Loqman

'Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, ketika dia memberi pelajaran kepada anaknya, " Wahai anakku! Janganlah engkau mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan Allah adalah benar- benar zalim yang besar."  ayat 13

Asbabun Nuzul ayat 13
Dari 'Alqamah ra., dari 'Abdullah ra.,dia berkata, "Tatkala turun QS. Al- An'am:82, kalangan sahabat bertanya, 'Siapa di antara kita yang tidak berbuat zalim teradap dirinya?" Lalu turunlah ayat ini." (HR. Bukhari)

Disini jelas menunjukan bahawa Allah teramat murka terhadap hamba-hambanya yang menyekutukan-Nya. Na'uzubillahimin zalik

Teringat aku tentang satu puisi yang terselit dalam sebuah novel karya Fatimah Syarha Mohd Noordin tantang Syabab (Pemuda).

Dulu,
Bila disebut lelaki, wanita mendongak megah,
Lelaki kami Asadullah, Saifullah, tokoh ramai tak terkira,
Kini, 
Bila disebut Lelaki, wanitanya menunduk lemah,
Tokoh kami sedikit sekali, Ramainya boneka Yahudi.

Dulu,
Bila disebut lelaki, wanitanya tenang dihati,
Lelaki kami menjaga, melindungi,
Kini,
Bila sebut lelaki, wanitanya mahu cabut lari,
Lelaki khianat, perogal bersiri.

Dulu,
Bila seorang wanita terinaya, sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita,
Kini,
Ribuan wanita suci terpelihara, Fatimah diperkosa minta dibela,
lelaki tunduk tak bertenaga.

Dulu,
Bila wanita di bawah jagaannya, Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda,
Kini,
Bila wanita dibawah jagaannya, Lelaki tak kisah auratnya terbuka,
Wanita dibiar bebas binasa.

Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa, 
untuk mengangkat kemuliaan agama,
Kini,
Menggadai ketinggian agama, 
Demi nafsu, dunia dan seisinya.

Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah,
Kental berjihad, takun berdakwah,
Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah,
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah.

Dulu,
Lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
Al-Farouq, Zunurain mati terbunuh,
Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
Hingga sanggap membunuh.

Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angkatannya kuat dan teguh,
Kini,
Lelakinya berpuak dan berpecah,
sesama sendiri saling bertingkah.

Kembalikah lelakiku,
Pada kelakianmu,
Kami rindukan lelaki yang dulu,
Acuan Madrasah Rasul.

> Syabab Musafir Kasih<

Wahai adikku..
jadilah seorang yang berguna kepada keluarga, masyarakat, negara dan agama,
Jangan sesekali mudah lemah ditiup bisikan syaitan,
Pemuda sejati amat diperlukan,
Pemudi pendidik generasi sebagai penguat.
Sama-sama melangkah hebat,
Harus bijak mengatasi dugaan,
Kerana dunia ini fantamogana,
Akhirat sana abadan abada'
 

Sedang kereta meluncur laju di jalan raya, terlihat aku seorang wanita memeluk erat di belakang si lelaki yang menunggang motorsikal apabila si lelaki menekan brek secara mengejut di bahagian bonggolan jalan.
Sedih.
Bukan sedih kerana aku belum ada pasangan. Tetapi sedih kerana maruah agama seperti dipijak-pijak oleh umat sendiri. Betul lah kata seorang Mubaligh 'Islam itu di rosakkan oleh umatnya sendiri'

Hmm..
dalam relung hatiku berdoa agar Allah memelihara diriku, adik beradik ku dan semua saudara seislamku yang bergelar Muda-Mudi Era Akhir Zaman. Juahkan dari segala nafsu yang menyesatkan. Temukan yang halal bagi kami, agar kami terdorong dengan semangat juang yang suci dan bersih daripada godaan syaitan laknatullah! Kami hambamu yang lemah... Peliharalah hati-hati kami ya Allah,.kukuhkanlah ia,kerana Kau telah mentakdirkan nafsu adalah sebahagian daripada diri setiap manusia.

Amin..ya robbal alamin..

Wednesday, March 16, 2011

Kedewasaan Lubuk Nurani

wahai lubuk nurani..
mengapa sering kali bergoncang? adakah awal dewasa ku melangkah dlm usia awl kematangan ini akan begini?
rimas dgn segala mcm perasaan yg menekan.. antara keluarga dan cita-cita... antara cinta dan sahabat.. antara perhatian dan tggungjawab.. antara emosi dan pahala,, sering kali keliru dgn segala dugaan yg menghujani minda.. lelah sekali jiwa ini apabila ia terlintas di tirai perasaan ini..
wahai hati ku,,..
damaikanlah diri mu dgn zikir, tasbih, tahmid dan doa.. usah kuatir , satu hari nt kau akan bertemu jua.. sang pencinta hati yg suci.. walaupun ia terpalit dosa2 silam..tp, yakinlah bahawa dia adalah imam mu..
wahai perasaan....
 kawal lah diri mu,, sesungguhnya kau amat akrab dgn si nafsu yg membelai diri.. berpeganglah pada kitabullah wa sunnahtullah.. sesungguhnya ia baik untk mu.. sebagai panduan hidup yg satu.. memimpin kearah yg benar.. wahai iman...
tetapkan lah pendirian mu kearah jihad yg suci.. sesungguhnya ramai yg amat memerlukan mu.. kepada jiwa2 yg ketandusan alunan kalammullah mu.. kau adalah insan yg suci.. walaupun x lari dgn naluri.. kau masih berfikiran waras yang boleh memandu diri.. tetapkanlah! Teguhkanlah! Kukuhkan lah hati ini..
wahai anggota...
ampun dan maaf ku pohan kerana,.. kau teramat patuh dgn kehendak ku,,, byk berjasa pdaku.. xpernah kau ingkari apa keinginan ku.. kau jua saksi atas semua tindakan ku.. sesungguhnya byk yg alpa dan leka dari yg ingat..byk hiburan dari pengisian...byk pendustaan dari pembetulan... kau tahu segalanya.. ampunilah segala kesilapan ku yg dahulu..
Wahai cinta...
kau sgt suci.. lahir dri lubuk hati yg sgt dlm.. rasa yg sgt bahagia walaupun sementara.. kau akan terpelihara disitu selagi kau sentiasa bersama Al Quran dan Hadis.. cinta.. peliharalah rasa ini dri hilang.. hanya Kau yg mampu membolak balikkan rasa hati ini.. Cinta Allah itu pasti..  xpernah ku meragui.. hnya cinta sementara di dunia sebagai hamba, manusia dan insan yg doif ini membuatkan ia semakin celaru,,..
wahai diri...
bersabarlah... sesungguhnya akan dtg yg sekufu dgn mu nt.. telah tertulis di luh mahfus tntng ajal maut, jodoh pertemuan.. hanya kita yg melakonkan watak tersebut... jgn terlalu mengikut naluri manusia yg menipu diri.. Usahalah kearah yg diredhai Nya.. berdoalah kepada Dia... letakkanlah rsa Tawakal yg utuh... kerana ia 'Maha' dlm segalanya....
SaBarlAh wAhAi.... HUMAIRAH IZZATI.....

Wednesday, January 19, 2011

Iman seorang Muslim Ibarat Samudera di Lautan

Jangan cuba dikawal arah taufan,
Tetapi kawallah Layar kehidupan
Tak perlu diukur dalamnya lautan,
Tetapi panjangkanlah kail yang sejengkal.
Salam semua....
                Moga kalian sentiasa dlm rahmat Ilahi..Wasilah pertama ini suka sy ucapkan  Selamat membuka lembaran sem baru buat semua.. J Separti biasa kita sentiasa berlumba dgn waktu 24jam sehari yang dianugerahkan.. Solat, Kuliyah, study, makan, tidur, Riadah dn mcm2 lg..oleh itu aturkan perancangan hidup anda dgn sempurna agar sentiasa berjalan dgn lancar dgn izin dari-Nya,. Disini sy ingin berkongsi sedikit tentang MASA, hanya ingin berkongsi ilmu yg xseberape ni je..huhu harap mendapat manfaat kpd semua.. J
                Mengurus Nyawa... Masa diukur bukan pada kuantitinya tetapi kualitinya. Bukan lama atau singkatnya, panjang atau pendeknya, tetapi bergantung kpda bagaimana ia diurus dan untuk apa ia digunakan Petikan dari Majalah Solusi
Dua baris ini cukup menyedarkan sy tentang apa itu MASA, NYAWA dan AJAL. Terlalu byk yg perlu difikirkan dlm hidup ini utk mencapai kesempurnaan. Kadgkala terleka sebentar dgn dunia..
Muslim:  ’hmm susahkan nak istiqomah?’
Abdullah: ‘Aah, betol tu... tp ia PERLU! Kadangkala Ibadah perlu Dipaksa!
Tegas seorg sahabat ku,  benar,. Manusia terlalu byk melayan Duniawi berbanding Akhirat, bayngkan kelas 2 jam kita boleh tahan, tapi mengaji yg xsampai setengah jam tu pun susah sgt nak lakukan.. Muhasabah diri...
“Demi masa.. sesungguhnya manusia dlm kerugian., Melainkan yang beriman dan yang Beramal Soleh” Suratul ‘Asr 1-3.
Tiap detik dan wktu kita semakin hampir dgn Ajal yg tidak kita ketahui Bila? dn Dimana? Seringkali kita kata :Takutnya L.. tetapi tidak jg kita topup amalan!? jd benarlah bahawa Ibadah Itu Perlu Dipaksa! Manusia cerdik adalah manusia yang mengingati mati. Mengingati mati tidak akan menimbulkan kesan yang pasif atau negatif, sebagaimana anggapan setengah golongan orang yang tidak memahami hikmah di sebalik zikrul maut (ingat mati) itu. Ramai orang jahil berkata, jika asyik ingat mati nescaya tidak akan membangun. Anggapan itu amat keliru kerana pembangunan masyarakat manusia tidak hanya pembangunan benda, kerana pembangunan benda tanpa pembangunan jiwa atau rohani pasti akan hancur binasa...
Baiklah, insya’allah berjmpa lg.. semoga kita dapat mengurus masa dengan sebaik mungkin.,.Wallahwa’lam,. Yg baik itu dtg dari Allah yg buruk itu dri kelemahan sy sndiri,Barakallahu fi kum.... Wassalam.. J                                                                                                        >>H.I Muslimah<<

Monday, January 10, 2011

AiR dicincang TiDak akan PutuS..

Putera puteri ku..
mekar bibiku melihat kau tersenyum riang..penawar hatiku, belahan jiwaku..petah katamu sering menghiburkan jiwaku yg sepi..Alif Ba Ta.. bertatih dihadapan ku.. menulis bersamaku.. bercerita riang hari-hari mu.. membuat tidak jemur melayan kerenah mu.. seraut cinta, kasih dn sayang ku curahkan kepda mu..Wahai adik-adik ku.. kamu adalah segalanya bagiku..
Akan tetapi...Ingatlah sayang.. suatu hari nt, kamu akn melngkah ke suatu tahap dn tahap yg lebih tggi, penuh samudra dugaan..Iman mu akan sering dicabar, ketaatn mu akan sering diduga,. nafsumu akan sering dicubit..setiap apa yang berlaku ada hikmah yg tersembunyi, Allah hanya memberi dugaan kepada hmbanya yg mampu menggung dugaan tersebut,. jika kau lemah, kembalilah semula kepada asal mu..jika kau berduka, merayulah pada yg satu..jika kau gundah,serahknlah hati mu kepada yg Maha Esa..
Aku..selagi hyatku dikandung badan.. selagi gantung ini berdegup.. selagi nafasku belum berhenti..selagi akal ini tidak mati..selagi ada daya ku... aku akn sentiasa membimbing mu.. menyokong mu..mendoakan mu.. semoga.. Putera dan puteriku.. sentiasa mendapat ketengan hati dan jiwa..aman zahir dn batin..menjadi muslimin dan muslimah berjaya dunia dan akhirat... rasa kasih ini tidak mampu ku coretkan dlm bentuk kata dan bayangan... Hanya Allah yg tahu..semoga ukhuwah pertalian saudara ini kekal hingga di alam sana.. buatmu.. Putera Puteriku...
pertalian Saudara Ukhuwah selamanya..

Biar adakalanya
Dia buat kau kecewa
Biar adakalanya
Dia buat kau gundah
Tetapi tak mengapa
Kerna dialah juga
Yang mengambil hati mu
Hingga keadaan reda

Oh kita bersaudara
Kena selalu mengalah
Tak guna marah-marah
Nanti berbaik juga
Oh kita bersaudara
Tak guna gaduh-gaduh
Kerna air dicincang
Tidak akan putus

Bila kau dalam susah
Semua orang tak menegur
Agaknya tangan siapa
Yang sudi menghulur
Jika tak adik beradik
Yang tak mungkin berkira
Walau sekali kau beri
Selalu yang tak berlima

Oh kita bersaudara
Oh kita bersaudara
Kena selalu mengalah
Tak guna marah-marah
Nanti berbaik juga
Oh kita bersaudara
Tak guna gaduh-gaduh
Kerna air dicincang
Tidak akan akan akan putus.....
                                       >>>>>>>>>>LOT OF LOVE<<<<<<<<<<<<<<
                                                     .............Kak Lang.............