Photobucket

Monday, July 25, 2011

...layak kah aku...

 'Ijat bawakn kuih popia ni, buat buah tangan datang rumah kawan mama nanti' senyuman terukir dibibir ibuku. mama, Amira, aku dan Luqman Hakim terus menuju ke rumah sahabat usrah mama tidak jauh dari tempat tinggal kami. Hari itu sangat cerah dan nyaman. seekor kucing merenung mempelam sarat dengan gugusan buahnya di dahan pokok yang berjuntai, Comelnya! teriak ku smbil menekan butang camera.

Terasa rindu untuk bertemu kumpulan usrah wanita, walaupun kesemua ahlinya adalah para ibu-ibu shaja. Tetapi mereka dikalangan wanita-wanita hebat dan mujahidah berani menegakkan agama Allah. Faktor usia bukan penghalang untuk aku mencari hidayah Allah, aku lebih selesa bersama mereka, banyak nasihat dan dorongan dalam menjalani kehidupan di dunia ini sebagai wanita acuan srikandi mujahidah Islam. Setiap kali tajuk yang dibincangkan dalam usrah selalu sahaja sesuai dengan situasi diriku,. 'ok, giliran Izzati pula' Umi berkata kpd ku tanda isyarat menyuruh aku meneruskan bacaan Al-Quran Surah Ali Imran ayat 16-19.

"Orang-orang yang berdoa, Ya tuhan kami dan lindungilah kami dari azab neraka. Orang yang sabar, orang yang benar, orang yang taat, orang yang mengingfakkan hartanya dan orang yang memohon ampun pada waktu sebelum fajar. Allah menyatakan tidak ada tuhan selain Dia (demikian pula) para malaikat dan orang yang berilmu menegakkan keadilan, tidak ada tuhan selain dia, yang Maha Perkasa dan Maha Bijaksana. Ssungguhnya agama disisi Allah ialah Islam. Tidaklah berselisih dengan orang-orang yang diberi kitab, kecuali setelah mereka memperoleh ilmu, kerana kedengkian antara mereka. Barangsiapa ingkar terhadap ayat-ayat Allah, maka sungguh Allah amat cepat perhitungannya."

Setelah selesai membaca mengikut giliran, Umi memberi penerangan kpd ayat-ayat tersebut. 
Sabar adalah kekuatan diri setiap manusia, manusia harus sentiasa bersabar atas apa jua keadaan yang mereka tempuhi, samaada keadaan susah mahupun senang, kita harus sentiasa beringat kerana disebalik kesusahan Allah selitkan kebaikan, disebalik kesenangan Allah menguji ketaatan hambanya. Suka saya beri peringatan kepada muslimah-muslimah yang masih perawan ini untuk menjaga sebaik mungkin kemurnian hati dan jiwanya, sabarlah dalam mengharungi hari-harimu, sesungguhnya akan hadir seorang pendamping yang mencintaimu kerana Allah. Biarkan semua rasa cinta dihati hanya tersingkap tatkala selesai diijab kabulkan. Peliharalah hatimu, sesungguhnya sekiranya kamu memelihara hati, nescaya akan mendapat mereka yang sentiasa memelihara hatinya. 

Berbunga hati disirami nasihat yang penuh berhikmah menjentik halus jiwa fitrah manusia. Aku sangat kagum kepada Umi, selalu shaja tahu keadaan diriku walaupun tidak sudah lama tidak ketemu.
Kita sebagai sayap islam penguat kepada suami harus bijak mengatur langkah dalam berjalan mengikut garisan dan panduan yang Allah tetapkan, Isteri sebagai tongkat kepada suami yang dalam kekusutan mencari penyelesaian, isteri juga sebagai pendidik kepada anak-anak yang akan menjadi pelapis di masa akan datang. Justeru itu, wanita harus kuat dan tabah dalam setiap perjalanan yang mereka tempuhi. Emosi adalah bersifat sementara, berfikir dan bertindaklah secara matang dalam semua situasi berdasarkan Al-Quran dan Hadis. Sentiasalah mencari ilmu ibarat hidup beratus tahun lagi, mengadaplah Allah ibarat akan mati pada esok hari. Sebelum mengakhiri ucapan umi memohon maaf kepada semua dan menyatakan hasratnya yang akan ke Baitullah pd Jumaat ini. Bertakung air mataku melihat Umi begitu semangat menyeru menegakkan islam dan menasihati supaya matikan semua sifat-sifat iri dan dengki yang membelenggu urusan dunia. 

"Umi memohon maaf kepada semua sekali lagi sekiranya ada tersalah tingkah, bahasa terambil apa-apa daripada kalian. Jadikan Al-Quran sebagai pendamping diri setiap masa dan ketika. Disini Umi ingin menyerahkan Al-Quran ini kepada Izzati sebagai penerus perjuangan nanti, insya'allah" 
Aku tersentak dari lamunan khusyuk dalam ucapan umi, seakan-akan masih dalam mimpi. Terpinga-pinga. Senyuman harapan terbit dibibir umi sambil semua bola-bola mata tepat memandang ku. 
"Umi harap Izzati teruskan perjuangan ini ya"
"Insya'allah umi.." aku menunduk, satu perkataan sahaja yg mampu aku lafazkan ketika itu. Terasa bagaikan dihempap batu besar dibahu ku.

Ya Allah layakkah aku.....................
aku masih mencari diri,
masih merangkak malu pada-Mu atas kesilapan hari,
berilah keteguhan dan kekuatan hati,
agar tidak aku tersilap nanti,
tetapi..
layakkah aku? 
insan terlalu byak kekurangan diri,
tidak setanding rakan-rakan yang lain, 
aku hanya insan biasa,
tidak punya apa-apa yang istimewa,
yang ada hanya cuma sekeping hati hina
yang merindukan kebenaran Mu...

Terdiam ku seribu bahasa, waktu terus berlalu dan hadirin mula meminta diri untuk pulang, aku menerpa kearah Umi, sambil memeluk erat, aku berkali2 mengucapkan jazakillahhukoiro khathiran kpd umi.. sebutir demi sebutir air mata ku berlinag tidak dapat ku tahan lagi,. Ya Allah jgnlah kau jadikan pertemuan ini pertemuan terakhir ku bersama umi, jika ia berakhir disini, kuharap dapat pertemu di syurga nanti..amin..

Perjalanan pulang sayu dan penuh memori, aku menarik nafas sedalam dalamnya dan  menegakkan tubuh kembali, aku tidak mahu hanyat dalam perasaan semata-mata! Ya Allah staukan hati-hati kami. Tunjuklah yang benar itu benar agar aku dapat mengikutinya dan tunjukkanlah yang salah itu salah agar dapat aku menjauhinya...
Aku mahu menjadi wanita kuat dan tabah!!

4 comments:

  1. ni rekaan ke cerita akak btul ni kak?

    ReplyDelete
  2. betul la syg.. ni usrah jiran tetangga je,.bkan jemaah, budi luhur (^_^)v

    ReplyDelete
  3. hebat...
    kte nak situasi begini ada dlam klompok muslimat2 kite..=)

    ReplyDelete
  4. insya'allah, kita perlu berusaha mendidik diri ke arah menjadi insan murobbiah,moga Allah tautkan hati2 kita menuju redha-Nya.. =)syukran melody..

    ReplyDelete