Photobucket

Saturday, July 9, 2011

SyaB@b ku...

'Luqman nak ikut jugak!'
teriak si anak kecil 4 tahun yang peka apabila melihat kakak dan abangnya bersiap-siap kemas.
'Abang dengan mama nak hantar kak lang pergi sekolah ni, Luqman nak pergi sekolah sekali ea..Jom lah ikut' sindir adik lelakiku. 'Malam ni nak pergi mengaji, Luqman nak pergi mengaji ke nak pergi sekolah?'
'Loqman nak pergi mengaji... tak nak pergi sekolah!'
'ok..Loqman jaga atok dengan along dekat rumah ea..malam ni kita pergi mengaji sama-sama taw..Bye..'
Luqman memang fobia apabila disebut tentang sekolah, kerana dia pernah dimarahi oleh seorng guru taska kerana membuat sepah di ruang tamu.  
Aku dan Fadly melangkah masuk ke dalam kereta 'hehehe..sian Luqman ma..tadi die nak ikut'
mama cuma tersenyum kerana sudah biasa Fadly menggunakan tektik yang sama. Tetapi berkesan.

Aku teringat ayat yang digunakan '...nak pergi mengaji ke nak pergi sekolah?'
Jauh disudut hatiku aku berasa sangat bersyukur kerana ugutan itu kedua-duanya berunsurkan kebaikan. Mengaji dan Sekolah. Sebijak namanya.. :) Padanlah nenek ku berkeras ingin meletakkan nama Luqman Hakim.



Nama surah yang ke-31 di dalam Kitab Al-Quran. Loqman

'Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, ketika dia memberi pelajaran kepada anaknya, " Wahai anakku! Janganlah engkau mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan Allah adalah benar- benar zalim yang besar."  ayat 13

Asbabun Nuzul ayat 13
Dari 'Alqamah ra., dari 'Abdullah ra.,dia berkata, "Tatkala turun QS. Al- An'am:82, kalangan sahabat bertanya, 'Siapa di antara kita yang tidak berbuat zalim teradap dirinya?" Lalu turunlah ayat ini." (HR. Bukhari)

Disini jelas menunjukan bahawa Allah teramat murka terhadap hamba-hambanya yang menyekutukan-Nya. Na'uzubillahimin zalik

Teringat aku tentang satu puisi yang terselit dalam sebuah novel karya Fatimah Syarha Mohd Noordin tantang Syabab (Pemuda).

Dulu,
Bila disebut lelaki, wanita mendongak megah,
Lelaki kami Asadullah, Saifullah, tokoh ramai tak terkira,
Kini, 
Bila disebut Lelaki, wanitanya menunduk lemah,
Tokoh kami sedikit sekali, Ramainya boneka Yahudi.

Dulu,
Bila disebut lelaki, wanitanya tenang dihati,
Lelaki kami menjaga, melindungi,
Kini,
Bila sebut lelaki, wanitanya mahu cabut lari,
Lelaki khianat, perogal bersiri.

Dulu,
Bila seorang wanita terinaya, sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita,
Kini,
Ribuan wanita suci terpelihara, Fatimah diperkosa minta dibela,
lelaki tunduk tak bertenaga.

Dulu,
Bila wanita di bawah jagaannya, Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda,
Kini,
Bila wanita dibawah jagaannya, Lelaki tak kisah auratnya terbuka,
Wanita dibiar bebas binasa.

Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa, 
untuk mengangkat kemuliaan agama,
Kini,
Menggadai ketinggian agama, 
Demi nafsu, dunia dan seisinya.

Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah,
Kental berjihad, takun berdakwah,
Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah,
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah.

Dulu,
Lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
Al-Farouq, Zunurain mati terbunuh,
Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
Hingga sanggap membunuh.

Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angkatannya kuat dan teguh,
Kini,
Lelakinya berpuak dan berpecah,
sesama sendiri saling bertingkah.

Kembalikah lelakiku,
Pada kelakianmu,
Kami rindukan lelaki yang dulu,
Acuan Madrasah Rasul.

> Syabab Musafir Kasih<

Wahai adikku..
jadilah seorang yang berguna kepada keluarga, masyarakat, negara dan agama,
Jangan sesekali mudah lemah ditiup bisikan syaitan,
Pemuda sejati amat diperlukan,
Pemudi pendidik generasi sebagai penguat.
Sama-sama melangkah hebat,
Harus bijak mengatasi dugaan,
Kerana dunia ini fantamogana,
Akhirat sana abadan abada'
 

Sedang kereta meluncur laju di jalan raya, terlihat aku seorang wanita memeluk erat di belakang si lelaki yang menunggang motorsikal apabila si lelaki menekan brek secara mengejut di bahagian bonggolan jalan.
Sedih.
Bukan sedih kerana aku belum ada pasangan. Tetapi sedih kerana maruah agama seperti dipijak-pijak oleh umat sendiri. Betul lah kata seorang Mubaligh 'Islam itu di rosakkan oleh umatnya sendiri'

Hmm..
dalam relung hatiku berdoa agar Allah memelihara diriku, adik beradik ku dan semua saudara seislamku yang bergelar Muda-Mudi Era Akhir Zaman. Juahkan dari segala nafsu yang menyesatkan. Temukan yang halal bagi kami, agar kami terdorong dengan semangat juang yang suci dan bersih daripada godaan syaitan laknatullah! Kami hambamu yang lemah... Peliharalah hati-hati kami ya Allah,.kukuhkanlah ia,kerana Kau telah mentakdirkan nafsu adalah sebahagian daripada diri setiap manusia.

Amin..ya robbal alamin..

2 comments:

  1. nice blog, follow wan punya bloh..http://xxdrlurvexx.blogspot.com... nnt wan tolong promote...cuma kena tambah isi lagi la..

    ReplyDelete
  2. syukran wan..ni just nurani humairah,. moga dpt manfaat bersama.. :)

    ReplyDelete