Photobucket

Wednesday, January 19, 2011

Iman seorang Muslim Ibarat Samudera di Lautan

Jangan cuba dikawal arah taufan,
Tetapi kawallah Layar kehidupan
Tak perlu diukur dalamnya lautan,
Tetapi panjangkanlah kail yang sejengkal.
Salam semua....
                Moga kalian sentiasa dlm rahmat Ilahi..Wasilah pertama ini suka sy ucapkan  Selamat membuka lembaran sem baru buat semua.. J Separti biasa kita sentiasa berlumba dgn waktu 24jam sehari yang dianugerahkan.. Solat, Kuliyah, study, makan, tidur, Riadah dn mcm2 lg..oleh itu aturkan perancangan hidup anda dgn sempurna agar sentiasa berjalan dgn lancar dgn izin dari-Nya,. Disini sy ingin berkongsi sedikit tentang MASA, hanya ingin berkongsi ilmu yg xseberape ni je..huhu harap mendapat manfaat kpd semua.. J
                Mengurus Nyawa... Masa diukur bukan pada kuantitinya tetapi kualitinya. Bukan lama atau singkatnya, panjang atau pendeknya, tetapi bergantung kpda bagaimana ia diurus dan untuk apa ia digunakan Petikan dari Majalah Solusi
Dua baris ini cukup menyedarkan sy tentang apa itu MASA, NYAWA dan AJAL. Terlalu byk yg perlu difikirkan dlm hidup ini utk mencapai kesempurnaan. Kadgkala terleka sebentar dgn dunia..
Muslim:  ’hmm susahkan nak istiqomah?’
Abdullah: ‘Aah, betol tu... tp ia PERLU! Kadangkala Ibadah perlu Dipaksa!
Tegas seorg sahabat ku,  benar,. Manusia terlalu byk melayan Duniawi berbanding Akhirat, bayngkan kelas 2 jam kita boleh tahan, tapi mengaji yg xsampai setengah jam tu pun susah sgt nak lakukan.. Muhasabah diri...
“Demi masa.. sesungguhnya manusia dlm kerugian., Melainkan yang beriman dan yang Beramal Soleh” Suratul ‘Asr 1-3.
Tiap detik dan wktu kita semakin hampir dgn Ajal yg tidak kita ketahui Bila? dn Dimana? Seringkali kita kata :Takutnya L.. tetapi tidak jg kita topup amalan!? jd benarlah bahawa Ibadah Itu Perlu Dipaksa! Manusia cerdik adalah manusia yang mengingati mati. Mengingati mati tidak akan menimbulkan kesan yang pasif atau negatif, sebagaimana anggapan setengah golongan orang yang tidak memahami hikmah di sebalik zikrul maut (ingat mati) itu. Ramai orang jahil berkata, jika asyik ingat mati nescaya tidak akan membangun. Anggapan itu amat keliru kerana pembangunan masyarakat manusia tidak hanya pembangunan benda, kerana pembangunan benda tanpa pembangunan jiwa atau rohani pasti akan hancur binasa...
Baiklah, insya’allah berjmpa lg.. semoga kita dapat mengurus masa dengan sebaik mungkin.,.Wallahwa’lam,. Yg baik itu dtg dari Allah yg buruk itu dri kelemahan sy sndiri,Barakallahu fi kum.... Wassalam.. J                                                                                                        >>H.I Muslimah<<

No comments:

Post a Comment