Photobucket

Thursday, October 25, 2012

Bab 1 Doa buat Dia

Tiupan angin lalu itu sesekali sejuk membelai muka bujur sirehnya.. 'Wahai angin kau sampaikan kiriman rinduku kepadanya..Tuhanku..jagalah dia disetiap gerak hatinya..Kukuhkanlah iman dihatinya. Amin ya Robb..'

Humairah mengesat butiran jernih yang mengalir dari anak mata cokletnya. Dia menjeling jam di dinding biliknya. 1. 15 petang. Beberapa ketika kemudian azan berkumandang di segenap UiTM Lendu Kampus Alor Gajah. Tun Senaja yang seringkali dikenali sebagai blok Srikandi Wataniah itu hanya lebih 20 langkah sahaja untuk sampai ke Mesjid Al-Hikmah yang berkedudukan ditengah-tengah kampus.
Humairah bergegas mengambil wuduknya.
'mai...sini kejap...' suara sayu rakan sebiliknya memanggil.
'kenapa ni kak sya..? kak sya xsihat? mai ada panadol, akak nak..?"
Syafikah menggeleng kepalanya, 'mai...kenapa lelaki selalu buat kita sedih?'
Humairah mengukir senyuman kecil mengerti apa sebenarnya yang tersirat di hati rakan sebiliknya itu.
'akak dah solat? jom kita solat dulu ya..'

Usai bersalaman humairah memulakan pertanyaan 'gaduh dengan abang Tajul lagi ya..?'
Syafikah mengangguk. 'Kak sya, saya nak tanya sikit boleh..?'
'mai tanya banyak pun boleh,.akak rindu sangat nak berbual dengan mai.'
Ya, sejak final exam semester bakal menjelang masing-masing sibuk mengulangkaji pelajaran dan jarang-jarang sekali berbual seperti awal semester. Apatah lagi Humairah selaku Jawatankuasa Penggerak Mesjid (JPM) juga sibuk dengan usrah dan aktiviti yang membataskan mereka bersua muka.

'Kak..kalau sesuatu barang berharga akak bg pinjam kawan akak rasa kawan akak kene pulangkan ke atau x?'
'mestilah akak tuntut semula..' tegas Syafika
humairah tersenyum apabila dahi Syafikah yang licin itu berkerut.
'emmm... mestilah kene pulangkan, sbb bukan hak & milik kita..

haa...sama juga kita sebagai hamba, semua yang kita ada adalah pinjaman dari Allah, dan apabila sampai pada waktunya kita akan kembali semula kepada sang Pencipta kita..akak..xpe, kalau dia bukan untuk akak, ada yang lebih sesuai untuk akak. Anggaplah dia tidak sempurna untuk akak bukan akak yang tidak sempurna untuk dia kerana yang sesuai dengan akak sekarang sedang berusaha memperkukuhkan lagi imannya untuk menjaga akak kelak ya.. ^_^..















No comments:

Post a Comment