Photobucket

Monday, March 11, 2013

SyUkuR D'dlm KeYaKinAn

Sakit itu peluang kita untuk bermuhasabah diri..
'aahh...Ya Allaaah...'dengus halus Humairah dalam kesakitan, giginya mencengkam ketat, kelopak matanya tertutup rapat sambil tangannya memeluk bantal menahan kesakitan itu.


Wahai kaum Adam,
kamu tidak akan pernah memahami erti kesakitan dalam Hawa itu, jagalah hatinya kerana Allah telah meanugerahkannya dengan bermacam-macam kesakitan sendiri yang kamu sendiri tidak akan merasakannya.
'Alhamdulillah,.ujian ini bukti sayang-Mu kepada hamba-Mu' bisik hatinya

'Khaulah Azwar' Tiba-tiba nama itu tergambar dalam fikirannya. Bayangan helaian kertas yang pernah dibaca dulu seakan akan menari-nari dalam kotak fikirannya.

'Ya Allah, mampukah aku menjadi seperti dia?' Ingin sekali aku menjadi hebat sepertinya, membantu Khalid Al-Walid dalam medan pertempuran. Sehingga Khalid sendiri tergamam melihat kelincahan Kahulah menentang musuh. Dia tertanya-tanya siapakah gerangannya si baju hitam pekat yang menghunus pedang di medan jihad? Kelibat itu tidak gentar, terus mara memacu kudanya di tengah medan perjuangan. Satu persatu musuh tumbang dek hunusan pedang si baju hitam.Yakin, tawakkal, itulah lagaknya seorang pejuang misteri.

Khaulah terus menyerbu ke tengah-tengah pasukan kufur seakan-akan puting beliung di tengah-tengah pasukan musuh. Khalid terus mengejarnya, sambil mendekati ia berkata, “Hai kamu, kecut hati kami semua melihat engkau. Siapakah engkau?”
“Akulah Khaulah binti Azwar. Aku melihat abangku Dhirar tertangkap. Lalu aku datang untuk menolong membebaskan dia yang berperang kerana Allah,”
Disangkakan gerak itu milik seorang pemuda gagah rupanya milik seorang Wanita berani dan bersemangat tinggi. Ketangkasan dan keberaniannya mengalahkan 1,000 orang lelaki kafir. Khaulah berjuang tidak henti menyertai pejuang muslimin yang lain, sehingga akhirnya kemenangan mutlak di pihak yang benar.

'SUBAHANALLAH..hebatnya dirimu Khaulah..' detis hatinya, butiran mutiara itu mengalir kepipi kesekian kalinya..Dalam diam,.hatinya tidak henti berzikir menahan kesakitan yang mengigit.
Ya Allah,.jika aku tidak sehebat Khaulah, jadikanlah aku seorang yang mampu membantu saudara islamku, teguhkanlah Dakwah dan Tarbiah di dalam hati ini, agar aku terus kuat berdiri memimpin generasi seterusnya. Kukuhkanlah hati ini dalam jalan-Mu yang benar dan lurus. Sesungguhnya tiada apa lagi yang mampu aku berikan kepada islam kecuali Tarbiah buat generasi muda yang haus menerima bimbingan dan semangat dorongan. Walau diri bukan bergelar Ustazah, aku akan berusaha semampu dayaku selagi nafas ini masih belum berhenti. Insya'allah..





No comments:

Post a Comment